Privacy Policy

Asia wide Manufacturing Business Platform in Malaysia

TECH DIRECTORY Malaysia

Dasar Privasi TECH DIRECTORY Asia

Dasar privasi ini ("Dasar Privasi" ini) menerangkan pemprosesan data peribadi melalui TECH DIRECTORY Asia ("Perkhidmatan" tersebut) yang telah dibekalkan oleh Ipros Corporation (“kami”). Kami mematuhi Akta Jepun mengenai Perlindungan Maklumat Peribadi (Japanese Act on the Protection of Personal Information), dan undang-undang serta peraturan-peraturan lain yang berkenaan untuk pemprosesan yang kami jalankan semasa membekalkan Perkhidmatan tersebut. Kami mengambil perhatian tertinggi dalam pelindungan data peribadi dan privasi pengguna-pengguna Perkhidmatan tersebut ("anda") dan memproseskan data peribadi berdasarkan Dasar Privasi ini.

Dasar Privasi ini terpakai terhadap semua data peribadi yang telah dikumpul berkaitan dengan Perkhidmatan tersebut, tanpa mengira bidang kuasa.

1. Jenis-Jenis Data Peribadi yang Dikumpul dan Diproses Kami

Kami memproses maklumat-maklumat berikut yang telah dikumpul daripada anda melalui Perkhidmatan tersebut:

  • Maklumat pendaftaran (termasuk nama anda, nama syarikat, alamat, nombor telefon, alamat e-mel, industri, pekerjaan, kata laluan);
  • Maklumat hubungan rakan-rakan kongsi perniagaan kami, dsbnya.; dan
  • Maklumat yang telah disertakan dalam pertanyaan-pertanyaan atau permintaan-permintaan, dsbnya. kepada kami.

Kami juga memproses maklumat mengenai penggunaan oleh anda Perkhidmatan tersebut, termasuk pengecam-pengecam (identifiers) dalam talian anda, yang kami kumpulkan secara automatik.

Pembekalan data peribadi dalam situasi-situasi ini mungkin diperlukan untuk membolehkan pelaksanaan perjanjian kami bersama anda dengan sewajarnya. Pembekalan data peribadi anda kepada kami mungkin bersifat mandatori atau sukarela bergantung pada tujuan-tujuan data peribadi anda dibekalkan. Jika anda diwajibkan untuk membekalkan data peribadi anda kepada kami, kegagalan anda untuk membekalkan data sedemikian boleh menyebabkan ketiadaan sesetengah perkhidmatan-perkhidmatan.

2. Tujuan-Tujuan Pemprosesan/Skop Penggunaan

Kami mungkin menggunakan setiap jenis data peribadi setakat yang diperlukan untuk tujuan-tujuan berikut:

Maklumat pendaftaran
  • Pembekalan maklumat berdaftar kepada seorang ahli (seorang "Peminta") yang meminta satu pengenalan kepada orang yang telah menyiarkan maklumat dalam laman maklumat BtoB ("Ahli Pameran" tersebut) dan pembekalkan maklumat Peminta kepada Ahli Pameran supaya Peminta dan Ahli Pameran tersebut boleh berkomunikasi;
  • Pengesahan identiti untuk ahli-ahli bagi perkhidmatan-perkhidmatan maklumat BtoB dan pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan kepada ahli-ahli;
  • Sandaran (back up) dan tempat penyimpanan menurut operasi-operasi perkhidmatan maklumat BtoB;
  • Pengedaran maklumat seperti surat-surat berita e-mel dan pelbagai notis kepada ahli-ahli yang memberi persetujuan secara berasingan;
  • Pengesahan atau notis-notis lain yang diperlukan untuk operasi-operasi perkhidmatan;
  • Penerimaan penyelidikan-penyelidikan (questionnaires) atau penerimaan permohonan-permohonan untuk hadiah-hadiah atau kempen-kempen promosi lain, dan penghantaran hadiah-hadiah, dsbnya.;
  • Balasan-balasan kepada komen-komen dan pertanyaan-pertanyaan mengenai perkhidmatan-perkhidmatan tersebut;
  • Permintaan-permintaan tinjauan untuk menambah baik perkhidmatan dan perniagaan berbagai-bagai baharu kami;
  • Pembekalan maklumat mengenai perkhidmatan-perkhidamatan maklumat BtoB yang mungkin berguna atau menarik kepada ahli-ahli;
  • Komunikasi-komunikasi mengenai rundingan-rundingan perniagaan atau operasi-operasi, membuat atau menerima pesanan-pesanan, atau pengebilan dan pembayaran; dan/atau
  • Balasan-balasan terhadap pertanyaan-pertanyaan.
Maklumat hubungan rakan-rakan kongsi perniagaan kami, dsb.
  • Komunikasi-komunikasi serbaneka mengenai rundingan-rundingan atau operasi-operasi perniagaan, membuat atau menerima pesanan-pesanan, atau pengebilan dan pembayaran; dan/atau
  • Penyediaan maklumat mengenai Perkhidmatan tersebut melalui telefon, faks, e-mel, mel, dsb.
Maklumat yang disertakan dalam pertanyaan-pertanyaan atau permintaan-permintaan, dsb.
  • Balasan-balasan terhadap pertanyaan-pertanyaan atau permintaan-permintaan sedemikian
Maklumat mengenai penggunaan Perkhidmatan oleh anda
  • Menghalang kemasukan kata laluan berulang;
  • Membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang telah disesuaikan berdasarkan minat-minat atau sejarah pengguna dalam laman-laman web kami;
  • Penyelidikan sejarah akses dan penggunaan; dan/atau
  • Membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang paling sesuai kepada pengguna-pengguna.

Kami juga mungkin menggunakan data peribadi anda untuk menyediakan data statistik yang telah diproses untuk menghalang seseorang individu daripada dikenal pasti.

Kami akan memaklumkan anda secara berasingan sekiranya kami memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan selain daripada yang disenaraikan di atas.

3. Asas Undang-undang untuk Pemprosesan

Kami memproses data peribadi anda dalam situasi-situasi yang berikut berdasarkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan:

  • di mana anda memberi persetujuan;
  • di mana diperlukan untuk kepentingan-kepentingan sah kami dalam pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan yang sesuai kepada anda;
  • di mana diperlukan untuk pelaksanaan satu kontrak yang mana anda merupakan seorang pihak; atau
  • di mana kita mempunyai satu kewajipan undang-undang.

Untuk butiran-butiran selanjutnya mengenai kepentingan-kepentingan sah kami, sila hubungi kami melalui maklumat hubungan yang disediakan di bawah.

4. Langkah-Langkah Keselamatan Pemprosesan

Kami mengambil langkah-langkah keselamatan yang sesuai yang diperlukan untuk menghalang kebocoran dan kehilangan, kerosakan kepada, dan insiden-insiden lain yang menjejaskan data peribadi. Kami juga mengambil langkah-langkah teknikal dan berorganisasi yang sesuai untuk melindungi dan menjamin data peribadi dan untuk mengelakkan penyalahgunaan, pengubahsuaian, akses dan pendedahan tanpa kebenaran atau secara tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan.

Di samping itu, sekiranya terdapat apa-apa masalah dengan langkah-langkah keselamatan kami, kami akan mengambil langkah-langkah pembetulan dengan kadar segera selepas mengenal pasti puncanya.

5. Peruntukan kepada Pihak-Pihak Ketiga

Kami membekalkan data peribadi kepada pihak-pihak ketiga seperti berikut:

  • Kami akan mendedahkan nama, alamat, alamat e-mel, nombor telefon, nombor faks, nama syarikat atau kumpulan, nama jabatan dan jawatan yang telah didaftarkan sebagai maklumat keahlian kepada seorang Peminta yang menggunakan Perkhidmatan tersebut untuk meminta maklumat yang telah dibekalkan oleh ahli lain (“Ahli yang Membekalkan Maklumat”) untuk tujuan-tujuan membalas kepada permintaan sedemikian setakat tahap yang ditentukan sesuai oleh pihak kami;
  • Kami boleh mendedahkan maklumat Peminta kepada pihak ketiga yang telah ditetapkan oleh Ahli yang Membekalkan Maklumat dalam skop untuk tujuan membalas kepada permintaan-permintaan;
  • Kami boleh mendedahkan maklumat yang telah didaftarkan sebagai maklumat keahlian dalam laman-laman web kami (cth. nama panggilan, PR, dsbnya.) bergantung pada penggunaan; dan/atau
  • Kami boleh mendedahkan data peribadi anda untuk mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan; mengendalikan proses undang-undang dan litigasi; membalas kepada permintaan-permintaan daripada pihak-pihak berkuasa awam; menangani keselamatan negara, penguatkuasaan undang-undang, dan isu-isu lain yang merupakan kebimbangan awam; melindungi hak-hak kami; memperolehi remedi sedia ada; menguatkuasakan Terma-Terma Penggunaan kami; menyiasat frod; melindungi perniagaan atau pengguna-pengguna kami, dsbnya.

Kami juga mungkin membekalkan data peribadi anda kepada pihak ketiga dalam situasi-situasi berikut:

  • Situasi-situasi di mana anda menggunakan Perkhidmatan tersebut untuk meminta maklumat yang telah dibekalkan oleh pengguna lain dan data peribadi pengguna yang meminta telah didedahkan kepada pengguna yang membekalkan atau pihak ketiga yang telah ditetapkan;
  • Situasi-situasi di mana anda memasukkan data peribadi anda selepas megaku bahawa maklumat sedemikian akan menjadi umum; dan/atau
  • Situasi-situasi di mana anda memasukkan data peribadi anda di mana ia secara mudah boleh diandaikan bahawa maklumat yang telah dinyatakan akan menjadi umum berdasarkan tujuan-tujuan bidang sedemikian atau di mana maklumat yang anda masukkan dan mendedahkan secara umum boleh mengenal pasti anda secara tidak dijangkakan.

Apabila kami membekalkan data peribadi anda kepada pihak-pihak ketiga, kami melaksanakan langkah-langkah yang sesuai mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan.

6. Pemindahan Antarabangsa

Kami juga boleh memindahkan data peribadi anda kepada negara-negara selain daripada negara anda, termasuk ke Jepun, yang mungkin mempunyai satu tahap perlindungan data yang lebih rendah daripada negara anda. Kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa penerima di luar negara anda membekalkan satu standard perlindungan yang sekurang-kurangnya setanding dengan perlindungan di bawah undang-undang dan peraturan berkenaan. Apabila membekalkan data peribadi kepada pihak ketiga di luar negara anda, kami mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk situasi tersebut, seperti pemerolehan persetujuan dan melengkapkan perjanjian-perjanjian pemindahan data, dsb., berdasarkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan.

7. Tempoh Pengekalan

Data peribadi anda akan disimpan dalam pangkalan data (database) fizikal/elektronik yang terletak di Jepun. Kami mengekalkan data peribadi anda sehingga 10 tahun selepas tamat pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda, selepas itu di mana, kami akan memadamkan data peribadi yang berkenaan tanpa kelewatan: rekod-rekod fizikal akan dilupuskan melalui siatan (shredding), dsbnya, sementara fail-fail digital akan dipadamkan atau dikeluarkan nama. Walau bagaimanapun, kami akan mengekalkan data peribadi anda melebihi tempoh di mana kami dikehendaki berbuat demikian berdasarkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan.

8. Ketepatan

Kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi yang kami kumpulkan adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Ketepatan data peribadi anda sebahagian besarnya bergantung pada maklumat yang anda berikan.

Kami akan mengemas kini atau membetulkan data peribadi tersebut selepas anda memaklum pada kami apabila data peribadi anda menjadi tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan, usang atau berubah dalam apa-apa cara sekalipun dengan menghubungi Pegawai Pengurusan Maklumat Persendirian melalui butiran hubungan yang diberikan di bawah.

9. Hak-Hak Anda

Anda mungkin mempunyai hak-hak khusus sebagai seorang subjek data di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan, seperti hak untuk mengakses data peribadi anda dan untuk membetulkan data peribadi yang tidak tepat atau tidak lengkap. Di mana berkenaan, anda mempunyai hak untuk memadamkan data peribadi anda, untuk menarik diri daripada keahlian, untuk menyekat pemprosesan data peribadi anda dan hak kepada data mudah alih.

Sila ambil perhatian bahawa, di mana berkenaan, anda juga mempunyai hak untuk membantah kepada pemprosesan apabila kami memproses data peribadi anda untuk satu tugas yang telah dijalankan demi kepentingan awam, kepentingan-kepentingan sah kami, dsb.

Anda juga boleh melaksanakan hak anda untuk menarik balik persetujuan anda. Sila dimaklumkan bahawa kesahihan (legality) pemprosesan maklumat peribadi berdasarkan persetujuan yang telah diberikan sebelum penarikan tidak akan terjejas oleh penarikan balik kebenaran.

Sekiranya anda atau ejen anda melaksanakan hak anda berdasarkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan, sila hubungi kami melalui maklumat hubungan yang diberikan di bawah.

Selain itu, anda mungkin mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa penyeliaan yang berkenaan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan.

10. Kuki-kuki (Cookies)

Kami mengumpul maklumat seperti sejarah akses dengan menggunakan kuki-kuki dan mekanisme-mekanisme lain yang serupa (secara kolektif, “Kuki-kuki”) untuk menghalang kemasukan kata laluan berulang, untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan tersuai berdasarkan minat-minat pengguna atau sejarah pengguna dalam laman-laman web kami, untuk menyelidik sejarah akses dan penggunaan, dan untuk membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan yang paling sesuai kepada pengguna-pengguna. Maklumat pengguna-pengguna yang telah dikumpul melalui Kuki-kuki akan digunakan setakat yang diperlukan untuk pembekalan Perkhidmatan tersebut dan tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan lain.

Sekiranya anda tidak membolehkan (disable) Kuki-kuki, penggunaan Perkhidmatan tersebut mungkin dihadkan atau mungkin tidak berfungsi dengan baik.

11. Pelanggaran Data

Sekiranya satu pelanggaran data telah berlaku, kami akan memaklumkan badan pengawal selia (regulator) privasi data tempatan dan subjek data yang telah terjejas berdasarkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan.

12. Pindaan Dasar Privasi ini

Kami boleh mengubal Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa sekiranya undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan telah dipinda atau sekiranya pindaan-pindaan adalah diperlukan untuk melindungi data peribadi. Pengubalan-pengubalan dan pindaan-pindaan sedemikian untuk tujuan-tujuan pemprosesan data peribadi atau untuk pembekalan data peribadi kepada pihak ketiga hanya akan dijalankan selepas kami memperolehi persetujuan untuk penggubalan-penggubalan atau pindaan-pindaan sedemikian daripada individu-individu berkenaan.

Kami akan memaklumkan anda mengenai apa-apa perubahan pada Dasar Privasi ini dalam laman-laman web kami.

13. Maklumat Hubungan

Sekiranya anda ingin melaksanakan hak-hak anda di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan; sekiranya anda mempunyai komen-komen, soalan-soalan atau kebimbangan-kebimbangan; atau sekiranya anda ingin mengemukakan aduan mengenai pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda, sila hubungi orang yang bertanggungjawab dalam pengurusan maklumat peribadi di:

Pegawai Pengurusan Maklumat Persendirian

  • Sumitomo Hamamatsu-cho bldg. 4F, 1-18-16 Hamamatsu-cho, Minato-ku, Tokyo 105-0013, JAPAN
  • +81-3-5405-482

Established on February 10, 2009
Last amended on August 29, 2022
Ipros Corporation

PAGE TOP